Korang minat main bowling tak? kalau biasa main, mesti biasa juga dengan istilah-istilah yg kita biasa pakai masa tengah main, seperti strike, spare, split, malah masuk longkang pun bolehhh ..~
bowling yg kita biasa main dekat mana-mana shopping complex kat malaysia ni, dipanggil tenpin bowling. tenpin tu apa? tenpin tu maksudnya, sepuluh @ 10 pin. kan kita main bowling tu ada 10 pin yg kita kena jatuhkan, tu la dipanggil tenpin bowling. ninepin bowling pun ada tapi kita tak familiar dengan jenis-jenis bowling yg lain. so ni sedikit info berkaitan dengan sukan tenpin bowling:
- bowling seperti juga skuasy, tidak tersenarai dalam olympic games.
- badan dunia yg menaungi sukan bowling secara keseluruhannya ialah Fédération Internationale des Quilleurs (FIQ).
- dibawah FIQ pula ada World Tenpin Bowling Association (WTBA) yg menguruskan hal-hal berkaitan tenpin bowling.
- 1 game bowling terdapat 10 frame.
- 1 frame pemain boleh melontar bola 2 kali.
aku taknak a citer pasal camaner nak main bowling. letih a pulak aku nak ilustrasikan cara nak main tu. jadi aku citer lagi detail pasal pengiraan mata dalam sukan ni. biasa kita pandai main jer kan? bila suruh kira mata tu, mesti ramai tak reti. so meh aku tunjuk sedikit sebanyak tentang pengiraan mata. jadi untuk mengingatkan anda, sedikit info lagi sy sediakan:
- lontaran pertama dan semua pin jatuh dipanggil sebagai strike.
- lontaran kedua dalam 1 frame dan semua pin turut jatuh dipanggil sebagai spare.
- jika masih terdapat pin setelah habis 1 frame, ia dipanggil open.
- jika pemain dapat menjatuhkan 10 pin dengan 1 lontaran dalam setiap frame untuk 1 game, pemain akan mendapat mata penuh iaitu 300 dan game itu dipanggil perfect game.
- 2 kali strike berturutan dipanggil double
- 3 kali strike berturutan dipanggil triple @ turkey
- 4 kali strike berturutan dipanggil beggar @ hambones
- dan istilah untuk 5,6,7 strike keatas?
so mari kita kira macamana boleh dapat 300 mata ni.
- 1 pin jatuh dapat 1 mata. tapi kalau kita strike atau spare, akan dapat mata tambahanatau bonus.
- pengiraan mata akan menjadi senang jika kita open setiap frame –> boleh kira direct dari jatuhan pin.
- dan pengiraan mata akan menjadi susah bila kita strike atau spare setiap frame –> kena tambah mata bonus.
- mata maksimum untuk 1 frame ialah 30. 30 x 10 = 300 point.
masalah ramai orang ialah bila nak kira kalau strike kan? bila strike, minumum yg akan player dapat ialah 10 dan maksimum adalah 30 berdasarkan kepada lontaran 2 kali selepas strike.
kes jika strike:
last frame:
hah cukup a tu. pening? baca betul-betul tak pening a. ni basic calculation jer. harap ramai a yg pandai kira pasni. hehe.
No comments:
Post a Comment