Friday, November 4, 2011

Coretanku,Insan bergelar pemuzik

Satu konsert orkestra JPNT  julung2 kalinya diadakan di daerah Kemaman bertempat di Dewan Berlian MP Kemaman.Satu persembahan yang amat menarik,bertenaga dan mengimbau kenangan lama bersesuaian dengan temanya 'memoritma'.Para peserta nya dipilih melalui ujibakat yang agak sukar,memerlukan bakat yang luar biasa bagi menandingi semua pemain pancaragam seluruh negeri.Mungkin ini menjadi idaman bagi setiap pemain untuk menyertai konsert orkestra yang diadakan saban tahun termasuk aku.Namun,bakat aku dalam muzik mungkin tidak setara untuk mencuba nasib dalam ujibakat.Walaubagaimanapun aku akan tetap bermain muzik didalam bentuk pancaragam mahupun orkestra bagi mengasah lagi bakat yang ada.



Bagiku,muzik tidak pernah membosankan walausekalipun berhadapan dengan latihan2 yang agak memenatkan pada setiap petang sewaktu aku masih belajar di SMKChukai dahulu.Selama 5 tahun aku menceburi bidang muzik ini dengan bermain trumpet pada awalnya dan bertukar kepada Euphonium setelah dinasihatkan oleh Cg Awie.Cg Awie,seorang pemuzik yang amat2 hebat,dan aku amat bersyukur setelah 5 tahun menuntut ilmu muzik darinya. Bukan sahaja muzik malah,aku dapat pelajari bagaimana hendak menjadi seorang yang tabah, bersemangat dan bercita cita dalam kehidupan melalui pengajaran nya.Sifatnya yang tabah dalam mengharungi segala pahit dalam kariernya sebagai guru muzik di SMK Chukai mendapat perhatian aku,namun dari segenap pandangan aku, terdapat cahaya dimatanya seolah-olah bangga dengan kejayaan kejayaan yang dicapai oleh pasukan pancaragam kami.Lebih2 lagi dengan usahanya yang gigih,maka lahirlah seorang pemuzik yang amat berbakat iatu Aimi dimana sedang menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Muzik di UITM Shah Alam.Bahkan masih ramai lagi anak didik beliau yang begitu berbakat sekali.Kemungkinan beliau tidak lama lagi akan berpindah ke negeri asalnya Kelantan,satu pemergian yang amat pahit sekali untuk diterima kami mahupun sekolah diatas jasa2 beliau dalam mengharumkan nama sekolah dengan pasukan pancaragam bimbinganya.

Terlalu banyak kenangan pahit manis selama 5 tahun aku bersama Tepces band lebih2 lagi ditahun akhir dimana aku dipilih untuk menjadi Presiden Kelab ini.Satu tugas yang amat berat bagiku walaupun nampak mudah., Terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah namun dengan sokongan Cikgu serta kawan aku dapat mengharungi.Memang menjadi lumrah seorang yang bertanggungjawab akan berhadapan dengan pelbagai kritikan mahupun pujian tetapi percayalah,apa yang dibuat adalah yang terbaik.Kepada mana2 yang masih menyimpan dendam padaku amatlah aku kesal dan memohon maaf atas segala kesilapan lalu begitu juga dengan sebaliknya.Setiap kali aku menziarahi latihan2 band,selalu bermain difikiranku,betapa bertuahnya mereka dapat bersama didalam muzik diajar pula oleh cikgu yang begitu begitu begitu baik sekali.alangkah aku dapat undur masa,akan aku guna ia sepenuhnya,menuntut ilmu sehingga penghabisan.Insyallah.

Kini,aku bergelar seorang penuntut ilmu dalam jurusan kejuruteraan.Tetapi muzik bagiku tetap mendapat tempat dihati dan mungkin akan menjadi option yang kedua dalam hidup aku.Segala kenangan pahit manis dalam band masih segar dalam ingatanku.Aimi,Abue,Solehah, Zuraini,Haziq,Qarnain,Mifzal, Arif,Megat, Diana, Asma, Midar,Aleena,Adib,alia,etty dan rmai lg merupakan rakan seperjuangan yang amat bermakna sewaktu aku masih bersama band suatu ketika dahulu. Sebagai seorang Alumni,aku selalu berdoa akan kejayaan Tepces band.

3 comments:

Mr. Zom ( Mohd Noor Aimi B. Abd Bizam) said...

sayang mu raf roi... (^_^)

Encik Haziq said...

hehee ,
sedih aku bace ..
aku pun terfikir , kalau lah boleh undur kan masa ..
mesti best

athirahzaki said...

nice nice :D